Monday, March 16, 2026

Ramadhan 2026

 Minggu ni adalah minggu terakhir untuk berpuasa tahun ni. Tahun depan belum tentu kita bertemu dengan Ramadhan. Ini adalah nasihat untuk anak-anak ibu:

1. Ibu mungkin bukan ibu yang sempurna tapi ibu dah cuba sedaya upaya nak menjadikan kita semua satu keluarga. Supaya kamu dah besar nanti boleh kembali kepada keluarga jika tiada tiada tempat berpaut.

2. Ibu bukan ibu yang baik tapi ibu cuba menjadi yang terbaik untuk mendidik kamu supaya boleh hidup di muka bumi independently. Yang boleh membentuk keluarga kamu sendiri, inshaAllah berlandaskan agama. Ibu dan abah bukan sentiasa ada. Jika kami dah dijemput ilahi, anak-anak ibu tahu apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan, dengan harapan, apa saja tindakan kita mendapat redha dari Allah.

3. Ibu tidak punya banyak harta, tapi ibu mengharapkan anak-anak ibu ada harta untuk survive dalam dunia ni supaya tidak meminta-minta. Jika ada lebih, boleh beri manfaat kepada orang lain inshaAllah.

4. Ibu harap anak-anak ibu pandang dunia ini dengan pandangan yang baik. Apa pun yang terjadi adalah yang terbaik dan dunia ini juga baik terhadap kamu. Pandang lah manusia dengan pandangan yang baik. Jika ada yang buruk, tidak perlulah di besarkan. Pandangan kita tidak sentiasa betul. Mata kanan pandang kebaikan orang, mata kiri pandang kelemahan kita. Manusia pasti ada kelemahan, tidak perlulah berlagak sombong dengan apa yang Allah pinjamkan.

5. Berbuatlah baiklah dengan semua orang terutamanya adik beradik. Walaupun kadangkala tidak dipandang dan dihargai, ianya akan terubat jika kita buat kerana Allah. Kita akan tenang walau pun madu dibalas tuba oleh manusia. Tapi inshaAllah ada balasan baik dari Allah walaupun kebaikan itu sekecil atom Hidrogen. 

6. Ibu dah cuba untuk menjadi ibu yang adil untuk semua tapi mungkin kamu semua x nampak pengorbanan dan usaha ibu. Tapi tidak mengapalah, sebab bukan semua benda kita perlu luahkan kepada manusia. 

Semoga hidup korang baik-baik aja. Ibu minta maaf jika ada salah silap.

Bye.


No comments: