Saturday, December 29, 2012

Just let them know

Situasi 1
Sekumpulan pelajar sdg lepak d surau sehinggakan mengganggu org lain untuk solat di surau yg sempit. Nak ditegur, takut dikatakn menyibuk. Kalau student kt tmpt aku kerja, da lame aku tegur. Tp sbb kt uni lain, mls nk masuk cmpur.

Tapi.. Sbnrnya, dalam hati aku ni meronta2 nk tegur. Kalau kt tak ckp, dorg x kan tau bende tu salah smpai ada org lain BERITAHU

Situasi 2
Sorg student panggil aku `kak'. Dan aku terus je BERITAHU. Sy harap after ni Kamu panggil saya atau sape saje dgn beretika. kamu Bole panggil sy puan atau cik. Dia berubah after tu. X kisah la ikhls ke x. Asalkn dia x kan lakukan kesalahan yg sama.

Situasi 3
Adik aku telah menggunakan lap top ku dgn seronoknya. Juga menginstall software yg entah ape2. Aku membebel dpn adik aku yg lain ttg perangai nya. Dan dia melakukan kesilapan yg sama berulang kali. Satu hari aku BERITAHU, lepas ni kalau nk guna brg sesiape, tolong minta izin. Dan lepas tu dia da x lakukan kesilapan yg sama lg.

Jadi, kesimpulannye. BAGITAHU depan2 adalah cr paling baik untuk kebaikan diri sendiri dan org lain.

p.s. Ini hanyalah pendapat. aku sgt gembira jika seseorg memberitahu satu perkara yg aku patut tau tp aku x tau.

Adios;-)

Monday, December 24, 2012

New template

Amacam, cantik tak my blog? Tgh rajin pagi td.. Adam dah 3 tahun semalam.. ms die kecik2 aku suke tepek2 kertas/sticky note kat muke die mcm gambar kat atas.. owh sgt rindu adam ms adam bby, jadi korg hargai la saat indah bersama anak korg setiap masa... cium ms bby puas2... mesti lagi 2 tahun, aku rindu time die sekarang..

p.s: aku tak percaya pada petua yg letak tisu basah kat dahi time baby sesedu tu.. hihi

Wednesday, December 12, 2012

12.12.12

Td belek belek fb kejap. Ramai kata tarikh ni istemewa, sekali je jumpa, tak kan jumpa tarikh ni lagi. Aikk? Tarikh 11.12.12 boleh jumpa lagi ke? Mmg sah tak boleh kan? Setiap saat yg kite tinggalkan mmg tak boleh diulang kembali. Jadi, setiap saat yg Allah beri haruslah digunakan sebaiknya ye hafizah! Aku tak kisah sgt dgn tarikh2 ni, same je. Byk kebetulan je tarikh2 penting yg hadir dlm hidup aku. Aku lahir 23.10 adam lahir 23.12. Arwah fird lahir 15.02 kami kawen 15.03. Nombor semata. :p

Monday, November 26, 2012

Ikhlas

Assalamualaikum :)
Dengan nama Allah yg maha pengasih lagi maha penyayang. Kadang kadang Allah bagi kita kerisauan, ketakutan dan kesedihan. sebagai rencah kehidupan. Ia merupakan ujian yang agak biasa menjengah kehidupan kita. Sejauh mana kita harapkan makhluk dan setakat apa kita takutkan manusia. Minggu lepas aku juga diuji dgn sedikit ketakutan. Hidup berjiran, sifat harus di jaga terutama dgn non muslim, tidak mahu akibat sikap aku yg buruk merubah persepsi mereka terhadap muslim yang lain.

Tersentak juga apabila kesalahan yg ku rasakan kecil menjadi masalah besar kepada org lain. Akibat cara parking kereta yg tidak centre walau masih dalam petak membuatkan jiran tidak selesa. Jika senget sedikit, beliau pasti akan melipat cermin sisi kereta aku. Mungkin dia seorang perfectionist. Aku sudah jumpa ramai org yg sgt particular benda2 yg ku anggap remeh dan tidak releven untuk begitu dan begini. Tapi itu mereka, aku lain, semua org ada perbezaan, dan tidak boleh menganggap mereka seperti aku. Ok, tidak mengapa, untuk elakkan perkara ini berlarutan, aku cuba untuk meningkatkan kemahiran parking. cuba pastikan ruang tepi 30 cm di kiri dan 30 cm di kanan untuk tayar hadapan dan belakang. Mula2 juga rasa gentar, takut dia mengapa apakan aku setelah mendapat msg pertama dari nya, dan tindakannya melipat cermin sisi jika tidak center, tika itu senget yg sgt sedikit dan bgku lansung tidak wajar untuk di tegur kerana jarak kedua dua kereta amat ketara jauhnya tp jika di fikirkan secara positif,

Apa salah nya berusaha untuk menjadi seperti dia, perfect, cuba la baiki kesalahan diri wahai hafizah. sifat ego tu ada, tapi pejam kan mata, ikhlas untuk elakkan perselisihan dan aku rendahkan diri bukan untuk mendapat perhargaan dari nya, tapi untuk mendapat keredhaan Allah. Jadi berdikit dikit cuba jauhkan perasaan takut dgn manusia. Biar hati ini benar benar takut kepada Allah, tuhan pentadbir bumi dan alam semesta. Biarlah aku dipandang serong atau dihina, ecece, tak de la sampai dihina.. :p

Aku tidak pernah melihat jiran tersebut. Aku agak dia seorang lelaki, bujang dan kuat bekerja. Keluar bekerja pada subuh hari, pulang pula pada lewat malam. Semoga dia sentiasa dalam lindungan Allah. Ameen~

Saturday, November 17, 2012

Kjg-sermbn-chini-sermbn-kjg

Ini kali kedua adam dan aku pulang ke kampung menaiki bas. Ini disebabkan adam lulus pd kali pertama, lebih kurang 3 bulan lepas. Tiada apa2 masalah. Alhmdulillah. Cuma aku harus memakaikannya lampin pakai buang agar hati ku tenang jika dia tertidur. Adam pernah terbabas jika dia bgn dr tidur dlm keadaan menangis. Dan aku kdg2 kurang sabar.

Sbnrnya aku lebih gemar memandu sendiri berbanding menaiki bas. Lebih selesa. dan lebih cpt smpai. Tapi disebabkn bulan ini aku ingin berjimat dan terasa rindu untuk membc buku di dlm bas, aku mengambil keputusan untuk menggunakan perkhidmatan bas. Aku amat gemar membaca dlm keadaan santai seperti di dlm kenderaan, atau di ats buai, atau meniarap di lantai berbanding membaca di meja. Kdg2 aku duduk beberapa jam membc di dlm kereta di parkir sebelum melangkah ke tempat kerja. Lagi senang faham.

Adam aku tinggalkan di kampung kerana ada urusan di kelantan. Syukur aku punya keluarga yg sentiasa berada di sisi bila mana aku perlukan. Terima kasih Allah. Kereta ku tinggal kan di terminal seremban. Kali kedua berbuat demikian kerana merasakan ianya selamat dan sewa petak parkir agak munasabah. Dan plg penting aku hanya bergantung pdnya untuk menjaga keselamatan kereta ku.

Kini usiaku 28 tahun. Aku dapat merasakan yang kini aku sudah dewasa. Mungkin badanku semakin berisi dan kegemukan pd pandangan peribadiku adalah berkadar terus dgn usia aku.

Kini aku berada di dlm bas.
Sabtu. Di ulu bendul. Tempat ibuku menuntut pd satu ms dahulu :-)

Friday, September 28, 2012

Umrah 2 (tips)

1. tak perlu bw sun block, cream siang malam tgh hari bagai.. kat sane insyaAllah, kulit mmg cantik.. tak de jerawat walaupun cuci muke dgn sabun mandi yg disediakan hotel tu je..sampai je kat malaysia, jerawat terus tumbuh melate~
2. minum air zam zam byk2, tak yah minum air kosong biase, sentiasa bw botol air kecil, nk letak air zam2... nnti tak de la rase terkilan sbb kat malaysia ni susah nak dpt air zam zam.. air zam zam mmg anugerah Allah kepada umat islam.. air yg berjuta manusia telah meneguknya tp tak kering2... mekah yg kering, panas dan kontang tetapi di anugerahkan nikmat air yg tiada tandingan nya... first time sampai kat mekah, terus terfikir... Kenapa Allah pilih kota Mekah dan Madinah sebagai tanah suci? Bila fikir balik, mmg hebat kuasa Allah.
3. Bw botol spray kecil supaya mudah untuk  simpan dalam beg.. senang bila terbatal wuduk, tak perlu buka aurat, just spray je anggota wudhuk dg niat... toilet di makkah sgt jauh, hok yang mude2 senang la, boleh berlari g amik wuduk.. tp kdg2 mls nk tahan kentut.. ms tawaf juga boleh terjadi kemalangan (tersentuh kulit lelaki)

Ok, nnti sambung... nk solat zuhor pula~ da..
Demi Allah, aku sgt rindu untuk ke sana lagi... Best sgt



Sunday, September 23, 2012

Umrah

Alhamdulillah, aku diberi peluang menjadi tetamu Allah pada aidilfitri lepas.. Aku g dgn mak aku, adam tinggal dgn tokki. Nnt bila dah adam besar sikit, kalau ade rezeki, nk angkut die sekali.. Hujung tahun ni kolej aku ade plan nk g mekah beramai ramai, tgk la kalau ade rezeki teringin juga nk join. Tp ongkosnye mcm mn ye.. Tak pe, doa je dulu.. Cube peruntukan gaji bulanan untuk umrah, then tawakal je la.. Rezeki kan dari Allah :)

Sblum aku mencarut, eh sori, mengarut dg lebih pnjang, astaghfirullah halazimm (manusia pasti buat kesilapan, sengaja atau tak sengaja, tp kite harus bertaubat, sentiasa bertaubat, kalau malaikat mmg tak de dose, sentiasa patuh pd Allah), aku bkn la bagus sgt tp sblum ke tanah suci, aku suggestkan korg doa byk2, minta ampun sume dan betulkan niat. Doa supya dipermudahkn segalaurusan, Niat untuk sucikan diri dan beribadat. Juga bc buku yg dpt bantu kite phm psl mekah dan madinah, aku juga syorkan bc kisah nabi Muhammad SAW supaya kite dpt feel sedikit sebanyak pengorbanan Baginda untuk sebarkn agama yg mulia ini, juga g kursus dan bertanya pd kwn2 yg pernah menunaikan umrah, jd kite da dpt imagine bagaimana dan ape yg patut kite prepare. Jgn jd mcm aku, tak sempat nk buat research dulu. Lepas je EBM abes, terus je berangkat. Aku tak sempat nak tanye2. Ok, nnt cerita lg psl kt sana pula.. da nk tido.. Zzzz sbb tadi jenjalan tak hingat nk blk..

Friday, August 3, 2012

Puase itu bonus tahunan

Skrg, mcm biase course yg aku handle still on going. Research & EBM. Tahun depan ingat nk lepaskan course ni pd org lain.. Tp... Bz ni sbnrnye buat kite makin pandai uruskan ms... Makin kenal dgn sifat diri sendiri... Dan Rs setiap minit sgt berharga... Tp walaubgaimanapon, bulan puasa ni jgn lupe:

1. Bayar zakat
2. Sedekah
3. Minta maaf (minta maaf semua)
4. Bc quran lebih dari biase (rugi, benda mudah dan pahala berlipat ganda)
5. Doa byk2... Moga Allah pelihara kite
6. Join majlis ilmu


Ok, dah la.. Selamat berpuasa

Gambar anak buah tersayang dan adik ter'busuk'. Da~

Sunday, July 1, 2012

Desa Inn

Tibe2 aku n adam berhenti dan ambil keputusan untuk tidur di kuala pilah.. Jalan kuala pilah - ulu bendul sejak kebelakangan ni mengalami kesesakan lalu lintas pd ptg ahad.. Aku mmg tak larat nk drive lagi.. Mengalah je la.. Dgn adam terkencing dlm seluar lagi.. Alhamdulillah.. Masih ade satu bilik kosong dgn harga RM 60. Ok la tu.. Esok kene bgn awal.. Nk sampai ofis b4 9.30 am. InsyaAllah..

Wednesday, June 27, 2012

Hai..

Di sebabkan mama hatta update blog, i pon nak update blog juga.. Tgh faculty meeting ni.. Hehe.. Sambil dgr sambil taip.. Of course, my concentration is lesser while typing..

Sebenarnye kan.. Aku bukan la seorg yg dikategorikan bagus.. Budget bagus ade lah.. Aku lansung tak boleh dijadikan model kalau bab2 nak berjaya.. Sbb aku bukan org bergitu.. Lansung tak berdisiplin, selalu tuang kelas, kene denda itu ini. Ms sekolah siap ade prinsip.. Buat je ape yg aku suke, asalkan tak menyusahkan org lain. Satu yg aku rs ok psl diri ini ms sekolh adalah, aku tak suke lawan cikgu.. cume aku pesaing bisnes warden la... Aku buat bisneas dlm hostel.. Jual mcm2. Untung dpt beli jam..and mcm2 yg aku teringin.. Hehe..

Sbb tu la kalau student minta pedapat, aku tak reti nak explain bende2 bermotivasi sbb aku tak de experience.. Ade dua benda yg selalu aku bg tau sbb aku experience this:

1. Buat ape yg korg suke.. Kalau tak suke jd doctor, korg cari la ape sj bidang yg boleh korg extent kan kerjaya korg. Kalau minat no boleh buat medical stat, kalau suke art, bole buat plastic surgery.. Kalau berani, drop je la.. Tp kalau hampakan perasaan parent, takut tak berkat.. Jd pejam mata... Habiskan je undergrad ni..

2. Belajar bukan untuk pass exam, tp untuk ilmu, apply ape yg ade..

Kalau bab2 punctual, aku yg teruk.. Selalu dtg lewat.. Jd takkn nk marah student kalau diri sendiri dtg lewat kan..tp aku sgt berusaha untuk ini.. Dah jd rutin sejak kecil, dtg lewat.. Dah sebati.. Ms sekolah, selalu kene denda.. Ms keje tak de yg nk denda sbb tu susah nk disiplin.. Practice make consistent, practice only perfect when you do right things..

As a conclusion, org yg jenis mcm aku.. Org type b, plegmatic person.. Rilex sampai effectkan diri sendiri.. Kite mesti ade something yg pakse kite buat ape yg sepatutnye kite buat.. Contoh, janji dulu pada someone nak settlekan satu keje. Cth: bos, sy akan hantar by end of this week. So dah akad. Da janji. Sbb takut berdosa, terpakse la siapkan kan.. Same la juga pasal duit, sgt tak berdisiplin. My solution.. Buat simpanan dulu, baru la bole shopping.. Kalu shopping dulu, mmg tak kan menyimpan sampai kiamat.. :p

Pasal masa laks.. Tk disiplin berfb, deactive je la.. Hidup lg bahagia dan tak perlu nk fikir pasal org lain. Yezzah.. Bila da rs byk ms.. br reactivate.. Fuh, Bukan senang nk disiplin.. Walaupon Kdg2 jeles dgn org yg bole jg mase, jg attitude.. Tp aku tau, aku ade kelebihan tersendiri.. Ade uniknye yg tersendiri.. Budget!

Adam demam da dua hari.. Minta tlg doa ye.. Ya allah, kau sihatkan dan panjangkan lah umur adam ya Allah..amin..

Tuesday, May 29, 2012

Tujuan Hidup

Bermacam org, bermacam tujuan. Ade yang nak jadi jutawan, ade yang nak jadi Prof before 40s, ade yang nak miliki kereta ferrari, ade yang nak jadi cantik, ade yang nak kurus, ade yang nak hilangkan jerawat (aku la nih :p).. etc.. dan ape yg kite nak tak mustahil kite boleh dapatkan. Org yg berjaya biasenye ade matlamat yang jelas. Like me, aku tak berniat nak jadi jutawan. mmg tak terfikir pun nak jadi kaya raya. Td aku hadiri lebih kurg mcm workshop la.. dari motivator2 terkenal, mmg ribuan pengunjung dtg, tp malay ade la dalam 50 org kot, (sbb aku tak dpt nk differentiate whether they are malays or chinese, their attire totally the same, haha) how to be a millionaire, antaranya Robert Kiyosaki and his wife Kim Kiyosaki. Total speakers adalah 15 org in 3 days. Td sampai dalam pukol 7.20 am di sunway piramid conv centre, ingat aku org terawal, rupe-rupenye manusia sgt la ramai.. bersesak-sesak.. Ape yg aku nak share kan dgn korg.. sesetengah topic yg dorg ckp td mmg tak menarik perhatian aku.. contohnye' how to be a millionaire', internet marketing.. aku mmg lost. For me, it was not interested at all. Dorg bersorak gembira, giving good responsive.. tp aku... fuhh.. bile nak abis ni? mmg rase nak blah je.. Tp ade certain topics menarik minat aku.. sampai tak nk g toilet sbb rs rugi kalau terlepas ape yg die ckp.. Jadi kesimpulannya.... We will do/like/passion exactly what we want in life..
bab2 nk jd kaye like investment..aku tolak tepi because that is not my interest.
If you want to be a millionaire, you will put effort to get money
If you want to be beautiful, you will do anything to get your admire face, skin, weight or whatever that can make u beauty.
If you want to be bla..bla... nothing is impossible in life..

And sometimes, you need to sacrifice something in order to get what u aim for... Family atau kerjaya.. Study atau berumh tangga.. Semuanya perlukn pengorbnn..Like me, I just want to be a good mum, hamba yang taat, anak yg soleh.. settle hutang in 10 years..kereta, rumah..aku nk sambung belajar pun sbb nk naik gaji, untuk sekolah kn adam, after da dpt phd nnti, ingt nk keje part time je... and lastly, try to give something to the world, tu jer.. really. So, my Adam will inspire me to do the best in my work, and my life.. k, jgn tiru mcm saya.. Aim for the highest k!

Saturday, May 26, 2012

Weekend yg boring

Duduk sorg2 ni boring eh.. Cam tak tau nak buat ape.. So, kawan2 yg belum mendirikan rumahtangga. Sila la berbuat demikian. Berusaha tangga kejayaan. Kalau ade suami ni lain sikit. Bole la borak2, main kejar2 atau main game. Aku sgt suke main game dulu2. Sodoku, chess, pin ball pon layan. Bila rase2 mcm nk kalah tu, cepat berpura pura mengantok~ sbb kalau kalah, si pemenang boleh geletek si kalah.. Ngerikan peraturan die..tak pon tgk citer korea same2.. Org yg kutuk2 citer korea, last2 terjebak juga dgn membeli cd2 korea.

Alamak, rindunye.. Arwah suami aku adalah best friend aku. Walaupon suami isteri tak de rahsia antara satu sama lain, tp kitorg tak share password atau no pin ke sbb bende tu bg aku adalah peribadi. Email sume tak boleh bc. Hal kwn2, tak leh share.. Dlm email, byk cite dgn kwn2. Tp after die tak de, aku boleh trace semua no pin die. Kad2 ATM, bank online, email.. Sbb aku boleh aspect ape yg die set kan. Tp tak sgka juga ar, terutama ATM card. Baru ku tahu betapa penting memberi perhatian pada pasangan kan? Sbnrnya aku tak de la ambil perhatian sgt, time g keje same2, aku lg suka tido rather than borak2 dgn die..haih hafizah, Hargai la ape yg Allah bg kat kite..dah tak de baru sebuk nak hargai..

Adik aku selalu pesan.. Mata kanan Pandang kebaikan org, mata kiri pndg keburukan diri sendiri..So, sesiapa yg masih ade suami, cari dan tgk kebaikan die..

Tak kire la lelaki tu hensem mcm brad pit pun, tp kalau tak solat 5 waktu, bagi aku die ttp tak hensem

Tak kire la perempuan tu cantik n bergaya mcm mn pon, tp kalau tak hormat suami, bg aku die ttp tak cantik

Tak kire la org tu belajar tinggi mane pon, tp sombong semacam, die ttp tak pandai

Tak kire la org tu hebat dan kaya mcm mane pon tp meninggi diri dan menunjuk nunjuk, bg aku die tak de la hebat mane pon.

Ingat ape tujuan kite hidup. Nak jumpa pencipta kite yg bg segala nikmat. Jadi setiap ape yg kite lakukan haruslah berfikir.. Adakah aku boleh berjumpa Allah, kalau aku berbuat demikian?

Adios

Firdzah~

Friday, May 25, 2012

Alahai...

Ustaz Don yg sempoi tu tlh menarik minat si kura2 untuk mendengar ceramahnye berulangkali. Kagum ar, die seusia dgn aku tp mcm mn die boleh ckp cm tu ek? Mcm ade aura gitu.. Penuh yakin, sempoi dan menarik hati.. Waduh ustaz don, tahniah! Nah, tgk gambar adam yg botak.. First time potong kat kedai.. Biasenye aku yg kerjakan rambut die..
Pengalaman menggunting rambut: pernah tergunting telinga (sikit je) adik aku.. Hihi.. Seb baik adam tak tau, kalau tak mesti da tak nak potong rambut dgn aku.. Syhh

Wednesday, May 23, 2012

Bila kura kura mula fikirkan ttg negara

Aku tak rase dato Anuar Ibrahim kemaruk nak jadi perdana menteri.. Dgn usia yg tak berape nk muda.. Kesihatan yg agak suam2 kuku.. Baik die duk kat rumah, beriang ria bersama keluarga daripada duk pikir masalah PTPTPu.. Mesti ade agenda die tersendiri.. Buat ape susah susah untuk kami golongan muda yg berhutang ini?.. Itu perkara yg aku terfikir skrg..sejak die keluar dr penjara, isu yg sama di bangkitkan agar die dipenjarakn lg.. Die kan ade isteri.. Ape brg saiful bahari..

About kerajaan, aku tak amik port sgt.. Tak daftar pon lg.. Mls nk masuk campur hal politik ni..Aku tak rase dibela pon.. Sijil yg aku dpt mmg untuk dpt keje tp ade something wrong dg sistem pendidikan kite.. Ms belajar dulu nmpak seperti semua org belajar untuk exam..jd pemikiran tu tak berkembang sgt. Hidung je kembang semangkuk sbb dpt tukar henset baru bila duit ptptn da masuk.. Kite ni manje sgt.. Nk belajar dgn selesa tp sebenarnya boleh je berjaya kalau tak selesa.. Kalau org susah, belajar la cara org susah.. Jgn la p ikut org kaya.. Ms tak de hp boleh hafal je semua no tel keluarga, sedara mara, kawan2 bile ade hp no sendiri pon tak ingat.. Tp no bf ingat pulak..

Ms matrikulasi dulu, aku study kat kolej mara, kitorg diberi duit poket rm 50 sebulan, makan percuma.. Compare org duk matrikulasi kementerian dpt rm seribu setiap semester.. Aku rs ok je kalau kite tak dibekalkan duit byk, cukup2 untuk beli keperluan.. Tak perlu nk fikir untuk gadget la, tudung prashmina la.. Pa pe saje la..

Sejak sekolah aku rs kerajaan ni bias. Bias pd golongan tertentu.. Nak minta sekolah best boleh minta tolong sane sini.. Tp sampai bila nak minta tlg org.. Minta tlg dari Allah je la.. Kawan2 yg adik beradik 4 org dpt biasiswa.. Aku yg ade beradik 8 org, 3 org OKU tak dapat biasiswa. Padahal result aku jauh lebih baik dari dorg.. Sebab tu sampai sekarang aku mmg tak de hati nak keje dgn kerajaan.. Dan kalau org kerajaan yg buat keje lambat aku jadi sakit hati.. Tp ade je yg rajin bekerja.. Mendidik anak bangsa..Sori shima, salma n nora, aku tau ko bukan golongan yg malas sbb korg mmg pantas dari dulu lagi.. Cukai tiap2 tahun kene bayar byk... Kalau nak citer sampai esok pagi belum habis.. Tp aku tak salahkan kerajaan kite dan juga manusia yg mentadbirnye sbb mak aku kate...

Manusia mmg mcm tu, bila dah ade duit, kuasa dan pangkat, susah nak control. Kite pon belum tau dapat tangani bende2 tu. Hati hati dgn sifat tamak. Duit bukan boleh bw mati.

Ah,Org dok kate2 pasal dato sharizat, rafidah atau datin sri rosmah. Dorg pon manusia. Bile2 mase boleh berubah, bertaubat dan menjadi insan mulia.. Kite tak tau. Allah boleh bg hidayah pd sesiape.. Entah2 dorg lagi mulia dr kite. Kite tak boleh judge org sbb kite sama level. Hamba. Daripada kite duk pikir suh org lain berubah, kerajaan berubah.. Baik kite yg berubah dulu.. Mentality rakyat malaysia belum boleh dibanggakan.. Selagi ade org buang sampah merata rata dan byk lagi la perangai jijik yg memalukan mcm org tak de akai.. Kate ramai yg da masuk universiti..

Mak aku tak byk sgt pesanan selama aku hidup bersama sama dgnnya, sbb start duk asrama ms tingkatan satu.. Lagi pon mak aku keje sejak aku berumur 6 tahun.. Keje shift..blk mlm2.. Boleh kire berapa jam aku jumpe mak aku dlm seminggu..so, aku la yg kene urus adik2 aku sume.. Kalau waktu malam, ayah g surau, takut sgt kalau rumah terbakar ke.. Penculik ke.. Dah la kitorg sume comel2.. Ingat sekali tu, aku bg makanan pada adik aku yg kurang upaya tu.. Tibe2 makanan die (carot) tersangkut kat tekak, nmpak die tak leh nafas..pe lagi aku lari laju2 pergi surau bg tau ayah.. Ms tu takut sgt.. Dah la aku tak kuat lari.. Alhamdulillah, adik aku tu dpt keluarkan makanan tu sendiri.. Name adik aku tu Hakimah, die comel dan baik sgt.. Kalau aku mandikan die.. Aku mesti peluk die kuat2.. Kdg2 rs bdn semakin berat menunjukkan die dah semakin besar, tp development die sgt slow.. 10 tahun masih tak boleh duduk dan berjalan.. Mak aku sgt tabah menjaga kami yg ramai dan bermacam macam fi il ini..tu kalau mak aku berkata kata, aku akan peka, dan ingat sampai mati. InsyaAllah..

Tibe2 rs nk g daftar mengundi esok ~
After dgr perdebatan td, pendapat: hapuskn je ptptn walaupun aku tak kene mengena pon dgn ptptn.

Tuesday, May 22, 2012

Rejected

Ingat nk present paper kat jb september ni. Tarikh tutup hantar abstract pd 31 mei ni. Sempat lagi ke? Tp... Beban kerja tiba2 bertambah kerana aku nye paper not accepted. Kene reject for the second time. :( tak pe, usaha lagi ye hafizah. Mood writing, cepat la datang..

Thursday, May 17, 2012

House Rule

My goal for today onwards is to be a good mother. This is my promise to myself. As I am so busy with works and study, i was decided to have a list of house rules in a way to be decipline. The rules are:
1. No fast food in my fridge but frozen food (like pau atau karipap) are allowed. Too strict pulak :p, ok, tukar, sekali sebulan je boleh beli.
2. Do not bring work to home, unless Adam stay at kampung.
3. No TV from 7 pm to 8 pm.

Cukup la setakat ni. Jgn byk sgt, nnt tak mampu nak ikut. InsyaAllah, i will implement this rule starting next week. Good Luck Hafizah.

Wednesday, May 16, 2012

Cepat-cepat


My aim this week is to avoid spend much time on surfing, jadi have to write as fast as I can. aceh, rajin nyer mama adam ni, Betolla tu ;) Minggu lepas aku agak garang dengan adam. Alamak, mcm mane nak kwl perasaan ni? dah la budak tu kuat menangis. bila tinggi suara je, terus mencebik mcm ikan.... kemarin tgk citer CJ7 pun nangis.. sgt la sensetif anak teruna ku itu.  ok, time up. babai


CJ7

Sunday, May 6, 2012

Sepuluh Sahabat yg Dijanjikan Syurga

Sahabat-sahabat semua tau tak siapa sahabat rasulullah yg dijanjikan syurga? Siapa tak tau angkat tangan (aku tgh angkat tgn ni). Terasa teruk kan, kalau suruh senarai nama artis masuk ABPH bole pulak jawab. Ok, jadi dgn itu, insyaAllah, aku akan buat assignment pada post2 akan dtg dgn berkenalan dgn ahli-ahli syurga ini

Rasulullah pernah bersabda;

Para sahabatku seumpama bintang, siapa shj (antara mereka) yg kamu ikuti maka kamu akan mendapat hidayah.

Sunday, April 22, 2012

Esok kerja.

Dengar citer beberapa rkn sekerja akn berhijrah ke tmpat keje lain. Pernah juga terfikir nk cube cari pengalaman baru, cari ilmu lain selain mengajar tp niat terbantut pula bila terkenangkn tmpat ni tmpt pertama kerja stlh berumah tangga. Lgpun aku syg org2 kt sini. Kat sini boleh ckp ape2 yg kite suke tnpa cover2.. Walaupon isu politik yg sgt sensetif bg sesetengah pihak. Boleh ckp je bila rs releven. Kat sini ramai student baik2. Ade juga yg degil2 tp kebanyakannye mereka bagus. (mmg lg bagus dr aku ms aku jd student dulu, hehe) Student yg ajak aku join usrah! Mmg ade rase keterbukaan hati nak join minggu lepas lalu aku bg jer name smntara hati tgh terbuka nk cr ilmu dan fikirkan ttg agama (tp dah ckp awal2, tak nk satu grup dgn student cucms, i ni pemalu, ahaks). Kat sini boleh ckp ttg Allah dan rasulAllah dlm kelas bila2 ms tanpa hirau ade student belum muslim sbb mmg nk cerita dan bg tau ttg islam pd dorg.. Sonok kan? Kat sini ade manusia yg Fikirkan org lain. Terutama pd org islam. Ini mmg sgt mengujakan. Baru aku tahu byk usaha2 mereka untuk org lain dlm dunia ni. Aku terfikir hoho hoho byk nyer amal dorg dan tak akan putus after dorg meninggal. Aku ade? Mestila tak de. :(

Dan pemimpin kat sini aku kagum bangat.. Prof hatta yg sgt aku hormati.. First time aku dgr bg talk ms faculty meeting.. Mmg aku berani kate kat sini.. Walaupon kalau beliau bukan dean, aku pasti akan hormat sgt kat beliau sbb aku suke sgt kate2 yg diungkapkan. Rs mcm nak salin semua. Mcm mutiara aku rs. Korg mesti fikir yg aku menghiperbolakan cerita kan, kalo tak caye sudah. Dtg la sini.. Dgr beliau berkate-kate. Pergh mmg tak sempat nk buat keje lain time meeting.. Sbb nak dgr betol2 ape beliau ckp. Mungkin sbb beliau ni psychiatrist dan dah berpengalaman (umur aku tak pasti, tp rambut semua dah putih), sbb tu pandai nk ambil hati semua org agaknye.

Sorg lagi yg aku suke, Prof Rashid. Halamak mmg kagum dowh. Pendapat aku, beliau seorg penyelidik yg sgt hebat, selalu relatekan research beliau dgn ayat2 suci Al Quran. Dan sgt humble. Rs nk nangis bila tau pengorbanan beliau untuk ibunda beliau sebelum menghembuskan nafas terakhir dan beliau mengingatkan org lain supaya berbuat baik kepada mak ayah. Walaupun beliau dikenali ramai tp tak berlagak pon, kalau buat research pasal hipertension, or selalu g IJN, mesti kenal die. Rs mcm nak buat idola je.. Yg rs cm kelakar sikit ms jumpe beliau ms nak bincg2 sikit pasal course. Siap kate dlm hati; harap, kat akhirat (syurga of course) nnt dpt berjumpa prof lagi walau bukan jadi jiran.. Sekampung pon tak pe. ;) aku gunakan 'beliau' kat sini sbb aku respect mereka mcm aku respect seorg cikgu, bukan main skema lagi ayat.

Aku tau bukan senang nak masuk syurga, ni cuma harapan. Dan dgn adanya harapan itu, kite akan berusaha untuk dptkannye kan?

Tuesday, April 17, 2012

Terima kasih Allah

Syukur sgt sbb hari ni
Aku masih hidup...
Untuk jg Adam
Untuk solat seolah-olah esok aku sudah tak berkesempatan untuk solat.
Syukur sgt sbb hari ni aku masih ade sumber pendapatan untuk sara kehidupan kami..
Syukur sgt sbb aku masih ade mak ayah untuk kongsi kasih sayang.
Syukur sgt sbb tak de gempa bumi kt sini.. Syukur sgt sbb adam sihat.. Syukur sgt sbb hari ni aku tak terlibat dgn ape2 kemalangan. Syukur sgt dgn ape yg Kau berikan. Syukur sgt ya Allah. Byk nye nikmat Mu ya Allah..
My Little Adam

Monday, April 16, 2012

Selamat pagi malaysia.

Pagi ni adam bangin terus jer panggil nama papa..
Mama sj jer nak tau lalu bertanya..
Adam, kenapa..
Adam mimpi ye?
Papa.
Itu jer? Ceh

Thursday, April 12, 2012

Beutiful Mind~

Bila tgk citer ni rase berkobar-kobar sgt nak tuntut ilmu.. Nak menyesaikan masalah tanpa masalah.. Filem ni pasal genius matematician yg hidapi penyakit paranoid schizo..this film based on true story. best.. bg 3.5 bintang.

Baru-baru ni aku join syarahan perdana professor kat ukm.. mmg sgt bermotivasi untuk explore ilmu matematik tp byk sgt bende aku tenung lame-lame..terkebil-kebil sbb tak paham..tp aku tak kisah.. biase la,tak faham kalau jumpe pertama kali kan.. so, balik kampung last week, cari semula buku2 add math rujukan SPM, dan matematik matrikulasi.. nak cube relatekan ape yg aku dgr dgn ape yg pernah aku belajar dulu... tapi masih juge tak fhm.. :p rase sgt terhina.. kerdilnye diri.. sikitnye ilmu!

Byk nye ilmu Allah yg kite tak tau kan.. itu baru matematik.. statistik pon byk saaangat tak tau.. itu belom masuk aplikasi.. baru tahu ms syarahan tu, rupanye nak tentukan ketebalan tayar kereta secara tepat perlu gunakan ilmu matematik- geometri..

Di bwh adalah perbualan antara beberapa org pelajar setelah mendengar syarahan tersebut.

Aku: Tadi Dr tu ckp pasal ape ye.. tak faham la.. nasib baik bentuk2 geometri tu cantik.. kalau tak dah lame syahid.

Azizah: Pasal no khayalan.

Aku: No khayalan tu ape?

Azizah: Akak tak pernah belajar ke? No tu kite imagine, bukan nyata pon.

Aku: Tak pernah dgr pon. hahak

Entah (dah lupe name die ni,satu kelas dgn Azizah):kite belajar satu sem pasal jenis nombor ni

Aku: Owh, patut la td khayal semacam je..

Ilmu.. semua ilmu yg manusia ada ni hanya setitis air di lautan jika di banding dgn Ilmu Allah, tp yg setitis ini.. aku rase ilmu yg aku ade tak sampai pon sebesar atom hidrogen..ilmu keibubapaan tak yah nak ckp ar.. asyik call sana, call sini.. masih tak reti.. ilmu memasak, hihik! lg la..asal boleh mkn.. kalau tak boleh makan pon, pakse je mkn.. *malunye*

Ok la... nk solat zuhor pula.. Melewat-lewatkan solat dengan sengaja adalah berdosa ye kawan-kawan.. (ingatan buat diri sendiri)

p/s: Lain kali kalau ade ms, nak join je syarahan perdana mane2 pensyarah, tak kisah dari fakulti ape.. seronok la bile tgk org hebat2 ni.. humble and cool je.

Friday, March 16, 2012

Election

It is a normal situation when so many people received incentives from government before an election. My sister got RM200 to buy books, my friends in public sector also had something special esp teachers. Felda settler also had theirs. Me? I never give hope on this 'money'. Instead of giving money to people, i would prefer they teach us how to find money and how to manage money. If we fail in budgeting, money is always not enough. Doesnt matter how much u have. I think, the money should spend on improving our public transport and other things that can help us in longterm. Sampai bila kite masih nk harapkan 'durian runtuh'. If tak dapat, marah2 and ugut sana sini. Because, we malaysian have been trained to be like this! Nak durian aje. Sebab durian tak perlu nk panjat2. Senang.
About 19 people die per day because of traffic road accident. And the victims are always motorcyclist. Why they prefer motor compared to car? From my personal observation and opinion
1. Our traffic is sooo terible in K.L. So, time to get home is less compared to car. Er, our public transport is not helpful at all for saving time. It is not convenience too!
2. Cost living is higher but the income is not increase. can we save money by going work by motorcycle? Of course. Tak perlu bayar tol dan duit minyak boleh save sehingga lebih 50%.

cuba bayangkan jika our public transport seperti di korea, jepun atau negara maju yg lain? Pasti ramai nyawa mampu diselamatkan. Jadi negara tidak kehilangan rakyat yg muda belia yang boleh membangunkan negara kita. Memang ajal di tangan tuhan, tapi tidak salah untuk mengelak bahaya untuk kesejahteraan diri.

Actually i still have something in my mind to discuss but it seems to spend much longer here. I have to sleep now as I want to go pesta belon panas at putrajaya tomorrow. Good nite and assalamualaikum. Adios~

Monday, March 12, 2012

Help me ooo Allah

When we need something, you ask Allah to help. But after you get what u wish for, u will forget. Nauzubillah..

Tuesday, February 28, 2012

Just a story of me

My brother has been transfered to Sabah and yesterday he went to sabah with his lovely wife n izzah. Eventhough, we are not always together but we are quite close to each other. I always looking for him when i am feeling down. His words really help me to have faith in Allah. Really. He always said to me, kaklong, bengah syg kaklong kerana Allah. And i never replied :p

I always claim that i am so busy, yes this is true, I am busier than before. I have joined statistics class at ukm. Always 'tenganga' when the lecturer ask me about all the long lengthy formula. Please prof, dont ask me. I only wrote all that during matriculation, in past 10 years. Rase nak duduk bwh meja pon ade. Huhu.

Everyday i reach office before nine and get back home after five. If i have class in ukm, i will send my sister to work and have to reach ukm before eight. InsyaAllah, will make sure i am punctual all the time. I also have missions which i cant share here. If the missions were completed, i will let u all know. so many things need to be done untill next month. Because of my failure in time management, i had deactive my fb account. Hehe.

I still want to explore myself and i believed there are so many potential in myself that still dont know untill today. I got it from this conversation:

Me: Dr, sy ni teruk kan? Selalu buat keje last minit. Buang ms. Sy mmg mcm ni dr, kalau last minit baru boleh fikir. rs teruk sgt dr. Malas pulak tu.
Dr mai: tak hafizah, biase la tu. Sy pon mcm tu dan ade org lain lg teruk dr kite. Kamu ni bukan la ape yg kamu fikirkan. Kamu sgt bagus, kamu tau tak?
Dalam hati: ye ke aku bagus? Rs aku la yg plg teruk.

I have another story, but this story ada unsur riak sikit. Tp aku Tak bermaksud pon untuk riak. Just for fun jer la. You can senyum kambing if u want. I dont care.

In discussion room:

The story was removed because of certain circumstances. Takut takabur..hehe :)

Hafizah, dont waste your time because life is too short. Hope we can take lesson from my story to be a better person.

P/s: during my schooldays, i always feel that i am the worst student in class. Kt ukm pon. Rs aku la yg paling hampeh.. Haish.. I wil bel a better hafizah. I promise

Thursday, February 23, 2012

Gigi

Gigi depan besar ala ala kapak.. Hehe.. Gigi aku pon kapak. Heehehe

Monday, February 20, 2012

Dan sebenarnye...

Aku rindu sgt kt die...
Rindu sgt nk dgr suara die..
Rindu sgt nk cium tgn die...
Aku tau, ade 1001 perkara dlm hidup ni perlu difikirkan selain drpd kisah silam.. Tp sbnrnye kisah silam tu yg mengingatkan diri kite supaya kite lebih menghargai ape yg kite ade..lebih percaya dgn qada' dan qadar.. Dan lebih kenal erti syukur.. Jika kamu masih punya anak, syukurlah kamu masih ade suami, jika kamu tiada suami, syukurlah kerna masih ade ibu, jika kamu sudah tiada ibu, syukurlah kamu masih ade keluarga.. Jika kamu tiada siapa2 dalam dunia ni, syukurlah, Allah ada untuk segalanya..

Hidup ini penuh warna warni

kan? kalau semuanya satu warna, boring la kan..

Mmg setiap yg berlaku ade hikmahnye.. tak perlu byk fikir ape hikmah nye.. nnti akan tau sendiri.. Allah itu Maha mengetahui.

Harap semuanya berjalan dengan lancar.. ameen ya rabb~ aku benar2 berharap, hanya pada Mu~ Hanya Satu.

Wednesday, February 1, 2012

Ipad vs samsung

After used ipad for one month, what i can say is i am more confortable with samsung. More specifically: android is much-much user friendly. Tp apple pon ade keistimewaannye. Kesian kan.. Now, others care about note, iphone 4s la.. Tp i baru nak buka cerita. Hehe..

Hafizah ku sayang, buy if only u really need it. Kalau tak perlu, baik simpan untuk kegunaan akan dtg. Kate nak beli BMW (amboi, panjang nye angan2). Bulan ni ikat perut (sape yg ade lebihan gaji, stadium kajang hamba ditadahkan), nak settlekan hutang card credit bulan lepas..(yg i citer pnjang2 tu)..jgn jd kurang bijak, bg duit saje2 pd bank.. kalau stress mmg tindakan diluar kawalan.. Frankly to say, yes, i have a little bit upset what was happened last month. Don't repeat the same mistake hafizah. This is very, very unexpected decision. Tak fikir lansung ms tu. Dan lansung tak buat research. Usually, i will do research before buy something that i really interested. Tak kisah la bende tu murah pon. Dulu selalu discuss dgn husbandku yg comel tu. Ala yg ade janggut tiga helai tu. Nak beli camera pon buat cmparison selama seminggu.. Padahal camera compact je.. Nk pilih canon atau sony.. Bukan yg canggih yg lens terkeluar tu :p ms nak beli kete, tanye ramai org (it qualitative!) siap ade column. Tulis kebaikan dan keburukan dan juga berbaloi tak dgn harga. er, everybody doing this la kaklong, ye ke? Richers won't do this, nope they do (Ini adalah perbualan antara 2 individu)

What i can do now? It already happened kan? Let bygones be bygones, just look forward. Settle the debt first. Then, baru fikir bende lain. Lain kali, bila nk beli sesuatu, use your brain..Err..wisely!

Nevertheless, i love my ipad so much. Tolong doa jgn hilang ye!

Looking forward for a new laptop. Alasan nk belajar bersungguh sungguh bila ade laptop baru. Hehe :)

Sunday, January 29, 2012

Anakku sayang...

Adam selalu menakutkan aku dgn perkara2 yg merisaukan..heart beat akan laju.... Takut sgt kalau jd ape2 kat die... Hari ni kaki terkena kaca dan darah byk giler.. Bw g klinik terus masuk emergency, dr ckp kene g hospital, harus dijahit. Adoi, tak nak tgk die sakit.. Tp after die check betol2, kalau mlm ni byk lg darah keluar, br pergi hospital. Aku lg suke pergi hosp serdang compare to kajang sbb dekat dgn rumah, tp kat situ ramai student, jadi kurang selesa..ya Allah, jaga lah anak ku ini. Kalau fikir dosa dan kelalaian aku, Aku tau aku tidak layak untuk meminta apa2 dariNya. Tp dimana lagi tempat ku berharap selain dariNya?. Rase malu sgt nak minta lebih2..

Syukur sgt ade duit lebih dlm purse, biase mmg keluar sikit2.. Kalau emergency mcm ni mmg bhy..tak semua tmpat boleh terima cc. Biasenye dlm purse mmg ade tak smpai seratus.. After ni mmg perlu ade spare.. Syukur juga sbb klinik dekat dr rumah.. Terima kasih Allah..cuak sgt tadi.. Adam, mama syg adam lebih dari nyawa mama sendiri. Semoga Allah sentiasa melindungi kamu dan menjaga mama untuk mendidik kamu sehingga menjadi salah seorg calon syurga.. Huhu.. Tibe2 rase pikul tugas berat pula...mampukah aku? Aja aja fighting!

Wednesday, January 25, 2012

Bunga rampai..

Aku mmg tak suke bau bunga rampai..sbb tu tak suke g bilik pengantin..bukan nye nak sombong ke hape..
Berpura pura pening bau bunga rampai padahal tak nk bg diri mengimbau kenangan bersamanyer~~ nnt tak pasal2 nangis mcm adam.. Tak ke pelik!

Sunday, January 8, 2012

My first niece:Izzah Insyirah bt M Nasuha

This name is totally not related with Ombak Rindu which I really not interested to watch it till the end. She (mother who gave the name) even dont know ombak rindu is about. My 2012 begins with feeling of exciting having a cute baby girl and I wish this year will be full of success, health and prosperity. Ameen.. Hey, what is your resolution? Till today I dont have any resolution. Haha..last year, they were not fulfiled. Perhaps all my resolutions were not realistics!