Tuesday, December 9, 2014

Nur Aishah bt Ahmad Naufal

Aishah dah nk 6 bulan. Saja saja nak tulis ceritera kelahiran aishah. Aishah dilahirkan pada 23 june 2014. EDD nya 24 june. Awal sehari.

Pukul 5 pg. Sakit mcm 1st day period. Solat hajat 2 rakaat, tidur semula

Pukul 6.30 still sakit. Dah start contraction setiap 5 minit. Bg tau husband dah sakit tp rs mcm lambat lg. Suruh dia p ofis je sbb rs boleh drive sendiri

Pukul 9.30 sampai hospital. Dah buka 4cm. Tunggu 6 cm dr akan pecahkan air ketuban

Pukul 11 dr pecahkn air ketuban tp...air nya warna hijau...

Opps! Terus ke OT. pukul 11.50 lahirlah aishah ke dunia ini. C section. Ms dah pecahkan ketuban tu rs sakit sgt. Mmg rs contraction yg kalu aku push mungkin bby dah boleh keluar tp dr sibuk nak caeser. Sabar je6 la..

Pantang? Pantang nmpak mknn. Haha. Mkn je semua. Cuma tumbuhan yg menjalar aku kureng sbb mlm tu menggigil. Aishah ok je. Ibunye yg x ok.

Luka caeser agak susah nk jaga compare dgn normal. Kalau normal kejap je dah boleh berlari lari anak. Tp caeser kene byk relax takut jahitan nya terbuka. Aku nye jahitan tu terkoyak 1mm. Tp punya la susah nk bercantum semula. (Ayah yg suruh drive pergi cc sendiri) sbb kat rumah tak de internet nak send manuscript. Ibu nya ada conference 1 month after delivery. Buat keje last minit.. padan la muka. Bukan salah ayah. Salah diri sendiri

Wednesday, November 12, 2014

Setiap penyakit pasti ada ubatnya

Terbaca byk status di fb pasal obses manusia pada sesuatu. Just baca je la. No comment. Hehe.. ckp kalau mkn ni confirm kolestrol turun la.. kalau makan itu berat turun la.. mcm percaya yang semua outcome tu kesan dari supplement tersebut. Bukan semuanya dari Allah ke.. bukan makanan tu yang bagi sihat. Allah yg bg sihat.. tetapkan hati. Supplement takde kuasa ape. Hanya Allah yg berkuasa ke atas sesuatu.

Wednesday, June 18, 2014

IBU


Dulu aku dipanggil mama, sekarang dipanggil ibu. Aku tak pernah kisah pasal panggilan. Sama. Tugasnya tetap sama. Mendidik, menegur, memberi nasihat, memberi kasih sayang. Aku sayang ramai orang. Sayang suami, ibu ayah, anak-anak, kawan-kawan. Tapi, aku tak bisa pamer sayang itu. Sedang berusaha. Sayang itu subjektif. Kita ckp sayang, ada org 'rasa' sayang tu. Ada org tak 'rasa'. Kita korban segalanya untuk org yg kita sayang tp org tu kata kita tak sayang selagi tak cakap "Saya sayang awak". Ada yg tak rasa disayangi selagi kita tak cium dan peluk mereka. Susah kan? Memang betul la kawan aku cakap. Sayang tu perlu kita pamerkan. Cakap, buat. Tak boleh just pandang dengan kasih sayang. Tak cukup.

Dah lama tak menulis. Dah lama tak cerita isu-isu berbangkit. Semalam, cakap2 dengan encik suami kat dapur masa nak minum air.

Aku: Bukan senang nak didik adab. Izah rasa, adab lagi susah nak didik dari belajar.
Suami: Dua-dua pun susah.
Aku: Tapi sistem pendidikan kite, banyak hafal. senang. tak de la susah mana.
Suami: Hafal dan faham. Banyak yg kene paham.
Aku: Tapi student2 kita ni tak kreatif. Tak pikir. Tak mulakan sesuatu.
Suami: Sebab pembelajaran dorang just one way. Bukan two way.
Aku: Betul.

Betul la, bukan senang nak didik budak supaya jadi manusia. Manusia yg baik akhlaknya seiring dengan kepandaiannya, walaupun ia bukan mustahil. Aku doakan anak-anak kecil  aku ini menjadi orang yg baik, soleh solehah bila ibu dan abah dah tiada nanti. Yang tak perlu di ingatkan lagi sbb sudah tiada org nak mengingatkan. Semoga Allah menunjukkan jalan yang lurus kepada kamu dan ibu.

Aku memang dah ditakdirkan untuk menjadi ibu mereka, ditentukanNya. Jadi, didik dan asuh automatiknya di bawah tanggung jawab aku. Biar pun satu dunia kata aku tidak layak menjadi ibu mereka. Tp Allah yang pilih aku. Bukan mereka. Takut diri ini dipersoal di akhirat nanti. Adakah aku abaikan mereka, aku tidak ajar benda yg baik kepada mereka, tidak mengingatkan mereka.

Memang, sebagai ibu kadang-kadang aku kecil hati dengan perbuatan anak-anak, terasa dengan kata-kata mereka. Nazhan, Adam, Husna. Sebab aku juga punya bad day. Punya hati perempuan. Sensetif. Atau terlebih sensetif. ;p Ibu beli sesuatu, ingat mereka suka. tp mereka buat tak endah pun. Tak tinggal makanan kat ibu setelah ibu bertungkus lumus di dapur. Tak jaga barang yang ibu sayang, bertahun ibu berusaha untuk mendapatkannya wahai anak! Tengking-tengking ibu yang tiada apa-apa ini. Tp hati ibu, sekejap je sudah terubat. Pagi marah, petang dah ok. Tak pernah simpan dalam hati. Ah, budak memang budak. Belum akil baligh. Belum dapat bezakan antara yg baik dan buruk. Kene bg tau byk kali sampai masuk dalam hati. Hati budak2 bersih. Kita yg mewarna dan mencorak mereka. Biar dia pandang dunia ni positif. Dunia ni baik. Isi dunia ni baik. Allah itu Maha baik. Semua baik. Insha Allah.

Aku nak anak-anak aku berjaya di dunia dan akhirat, Tapi berjaya di akhirat jauh lagi penting. Dunia ini sekejap je. Memang sekejap. Umpama sekarang kita tidur, dibuai mimpi. Bila kita mati nanti baru kita terjaga dari tidur ini.

Sekarang aku dah 39 minggu pregnant. Anytime je ni. Doakan aku k (;
Hilmi Nazhan

Nabeelah Husna
Muhammad Adam 

Friday, June 6, 2014

Kisah coklat

Nasuha: K.long tau tak kenapa babi tunduk semasa berjalan?
Hafizah: Dia jalan sambil cari makanan
Nasuha: Bukan.
Hafizah: Dah tu?
Nasuha: Sebab dia malu.
Hafizah: Kenapa?
Nasuha: Sbb dia dilahirkan sbg seekor babi.
Hafizah: Mak! nasuha mencarut, ckp babi...

Punya la kami ni allergic dgn perkataan babi...

kecoh pasal DNA babi dalam coklat cadbury baru2 ni. dah la aku ni choc lover.. Aku lagi yakin dgn Dr Hisham dari KKM punya report daripada JAKIM. Itu hak individu... tepuk dada, tanya hati.. yakin ke tak yakin... itu je..


Sibuk pasal DNA babi, yg rasuah tu tak sibuk.. dua2 pun haram...

Sunday, May 25, 2014

Test of life.

I like observe people around me.  Eventhough i always avoid to involve directly with their problem, but I'm always being person they looking for. Be a listener for them. When we look down, see what their challenges given by Almighty, we will become more greatful. What we have, even what we dont have. Different people have different challenge. My last word for them is.., u are unique and u the best person to have this challenge. Allah loves you. Believe me. Hope u will pass this test, friend.

Monday, March 24, 2014

Mentembak

Td borak2 dgn Adam dalam kereta


Mama: adam jgn kacau husna ye? Husna kan adik adam.. 


Adam: sbb abg dgn adik tak nak kwn adam. adam tak suka..adam kacau la..


Mama: kenapa adam ckp mcm tu? 


Adam: sbb adam nk mentembak husna, abg tak bagi...


Mama: lah.. Mmg la, girl tak main tembak2.. Main tembak2 boleh dgn boy je... 


Adam: teacher ckp boleh. Girl pun kene kuat..


Mama: girl tak perlu kuat fizikal mcm boy...

Wednesday, February 5, 2014

Bulan 2 dah ke?

 Now, I'm still struggle with my proposal. Proposal defense is on next week. 20 weeks pregnant, 20 more weeks to go. Owh.. Got many problems this time.   GDM, placenta previa and low Hb level.  Also busy with taking blood for BSP, biweekly checkup for weight, sugar, bp, the course is running, final pro exam has just finished and research is never ending. Semoga Allah mudahkan segala urusan...

Tengah tunggu service kereta. 120K KM. Major service. I expect the cost is more than RM800, but it just RM 450. Alhamdulillah. My sister getting married this weekend..Being a wife at 21, semoga Allah memudahkan urusanmu, kakak. Selamat menepuh alam rumah tangga..