Thursday, April 25, 2013

New chapter of my life will begin

Salam..

I am getting married! Alhamdulillah~ 28 May ni akad nikah. 1 june kenduri di side lelaki dan kawan2 semua dijemput hadir ke Ipoh (side lelaki) sebab kat Pahang just buat kenduri kesyukuran
Berkenalan dan berjumpa bulan lepas, dapat petunjuk positif dari Allah, terus dgn ikatan perkahwinan. Insha Allah.. Allah boleh hadirkan kasih dan sayang dalam hati manusia sepcepat ini? Subhanallah… pelik tapi benar.. dan aku boleh simpulkan a yg berlaku adalah… kasih yg Allah hadirkan dalam hati kita mmg ia nya dtg dari Nya, dan Allah boleh ambil nya bila-bila masa… contoh kedua adalah; baru2 ni aku dapat tahu kawan aku yg baik akhlak nya, comel org nya, penyayang dansdah punyai cahaya mata ditinggal suami setelah bertahun bercinta di sebabkan seorang perempuan.. Kasih tu boleh hilang selip mata? Pelik tp benar. Nauzubillah..

Sebenarnya, di sudut hati kecilku ini…. Masih rindu pada arwah fird… masih ada bayang nya.. Namanya  masih terselit di dalam doa harianku… Masih ada gambar dlm purse.. senyuman manisnya.. pergh, mmg tak ley lupe… kiut abes.

Bagaimana aku mampu lupakan dia, aku kenal dia sebelum mengenal apa itu cinta…

Dia…

Org yg sediakan susu tiap2 malam untuk aku minum ms mengandungkan adam.

Org yg sentiasa ada bila aku sedih.. yg sentiasa pinjamkan bahu untuk bersandar...

Sentiasa penuhi permintaan isterinya yg tak masuk akal. (Arwah Fird drive kereta manual dgn sebelah untuk pegang tgn aku sepanjang ke tempat kerja kerana isterinya, dgn traffic light yg byk tu..Baiknya dia ya Allah…)

Org yg cuba tolong aku masak walaupun sebelum ni tak pernah pegang periuk walaupon sekali.. (Arwah pernah sukat air guna pembaris untuk masak nasi, betapa berusahanya dia untuk tlg aku )

Org yg teman aku sidai baju pagi-pagi walaupun tempat kerja nya jauh.. (time ni aku da keje kat cyberjaya)

Org yg akan tinggalkan kerja untuk balik ke rumah untuk jumpa isterinya…sejak kawen arwah Fird blk on time, 4.15 dah gerak dari ofis, ms bujang fird OT sampai malam sbb nk kumpul duit untuk kawen.. sgt terharu.. Aku pun, sgt tak sabar nak blk rumah nak peluk dia kuat-kuat… aku bukan la nak menunjuk-nunjuk kemesraan dlm blog ni, tp itu lah hakikat kasih sayang kami..  mungkin semua org pun mcm tu.. :p

 Org yg sentiasa membuatkan aku gembira.. die tak pernah marah aku walaupun kdg2 aku pon menyampah dgn perangai sendiri.. Kata-kata dia sgt bermakna dalam hidup aku.. aku masih boleh ingat beberapa sentence yg dia selalu ckp pada aku…

Dia… kawan terbaik yg pernah aku ada dalam hidup ini… huhu.. (T_T) yg memberi semangat setiap hari..
Tapi itu adalah kenangan yg pernah terukir dgn nya, rs seperti baru je kehilangan dia… tp sebenarnya tahun ni dah masuk tahun ke-4.. 

 Dia juga mendidik aku supala lebih berdisiplin... "Izah jgn langgar lampu merah. Jgn disebabkan kita org lain accident"

Ya Allah, kau tempatkan lah roh nya di kalangan orang yang beriman, sesungguhnya dia adalah suami yg sangat baik.. kau bagi lah pembalasan yg baik terhadapnya.. amiin… Harap kami akan berjumpa lg di alam sana…
Tp.. aku perlu teruskan hidup yg sementara ini tanpa perlu pandang ke belakang… untuk aku, untuk adam, untuk org lain…
Ya Allah, Kau bantulah aku untuk menjadi isteri terbaik kepada Ahmad naufal..Bakal suami, yg akan bimbing ku ke syurga.. Insha Allah.. Juga dapat menjadi ibu terbaik kepada anak-anak kami..dan aku yakin dengan pilihan Mu ini…
Msg aku nak sampaikan kat sini adalah… kita jadi lah insan yg baik… Insha Allah, sampai mati pon org akan ingat kebaikan kita.. dan jadi kita tak akan menyesal jadi insan yg baik…
Aku juga nak jadi baik, doakan aku ye kawan2… Moga kami lagi dekat dgn Allah setelah berkahwin..

~mungkin ini adalah post yang terakhir berkenaan arwah firdaus. Cinta pertama ku~


Saturday, April 6, 2013

C.i.n.t.a

Pengajaran dari kisah hidup aku yg lalu:

1. Jangan mencintai manusia melebihi cinta kepada Allah swt

2. Jangan mencintai dunia melebihi cinta kpd Akhirat yg kekal lg abadi.
Sebab takut takut kita lalai pada tujuan sebenar hidup..

Ada byk perkara berlaku dlm hidup ini. Dpt aku katakan semua/kebanyakan perkara yg berlaku itu semua ada hikmah disebaliknya. Allah bg kita gagal setelah penat berusaha, mungkin untuk mantapkan iman supaya yakin bhw kejayaan itu bukan sbb usaha tapi dgn keizinan Allah. Allah bg kite sedih ats kematian suami.. Mungkin kita boleh tmbh amal kita dgn bantu org lain yg mengalami keadaan yg sama dgn kita. Allah bagi rezeki yg kurang, mungkin supaya kita lebih berusaha dan menjadi insan yg lebih bersyukur pd suatu hari nanti. Allah x izin kita belajar oversea slpas berdoa dan berusaha, tetap gagal walau slps berusaha. Mungkin Allah nk bg rezeki yg lagi bermakna di bumi malaysia ini. Subhanallah..maha hebat kasih sayang Allah..
Dan korg perasan x, bilamana kite diuji, kita mungkin pernah melalui liku2 hdup yg membolehkan kita pass dgn ujian tersebut. Seperti sblum nk ambil ujian final, kita dah ambil ujian bulanan.
walaupun ujian bulanan fail, yg penting ujian final tu kene pass.Jadi, bila nk buat sesuatu, fikir Allah. Bukan untuk org lain atau diri kita. Ms kita sedih, perlukan seseorang untuk dgr masalah kita. Allah sentiasa ada dan kdg2 Allah bg jalan keluar tanpa dipinta.. Tp bila gembira, adakah kita ingat Allah sepertimana dlm waktu susah?
~Semoga kita sentiasa ingat Allah.