Salam..
I am getting married! Alhamdulillah~ 28 May ni akad nikah. 1
june kenduri di side lelaki dan kawan2 semua dijemput hadir ke Ipoh (side
lelaki) sebab kat Pahang just buat kenduri kesyukuran
Berkenalan dan berjumpa bulan lepas, dapat petunjuk positif dari
Allah, terus dgn ikatan perkahwinan. Insha Allah.. Allah boleh hadirkan kasih
dan sayang dalam hati manusia sepcepat ini? Subhanallah… pelik tapi benar.. dan
aku boleh simpulkan a yg berlaku adalah… kasih yg Allah hadirkan dalam hati
kita mmg ia nya dtg dari Nya, dan Allah boleh ambil nya bila-bila masa… contoh
kedua adalah; baru2 ni aku dapat tahu kawan aku yg baik akhlak nya, comel org
nya, penyayang dansdah punyai cahaya mata ditinggal suami setelah bertahun
bercinta di sebabkan seorang perempuan.. Kasih tu boleh hilang selip mata?
Pelik tp benar. Nauzubillah..
Sebenarnya, di sudut hati kecilku ini…. Masih rindu pada
arwah fird… masih ada bayang nya.. Namanya masih terselit di dalam doa harianku… Masih
ada gambar dlm purse.. senyuman manisnya.. pergh, mmg tak ley lupe… kiut abes.
Bagaimana aku mampu lupakan dia, aku kenal dia sebelum
mengenal apa itu cinta…
Dia…
Org yg sediakan susu tiap2 malam untuk aku minum ms
mengandungkan adam.
Org yg sentiasa ada bila aku sedih.. yg sentiasa pinjamkan bahu untuk bersandar...
Sentiasa penuhi permintaan isterinya yg tak masuk akal.
(Arwah Fird drive kereta manual dgn sebelah untuk pegang tgn aku sepanjang ke
tempat kerja kerana isterinya, dgn traffic light yg byk tu..Baiknya dia ya
Allah…)
Org yg cuba tolong aku masak walaupun sebelum ni tak pernah
pegang periuk walaupon sekali.. (Arwah pernah sukat air guna pembaris untuk
masak nasi, betapa berusahanya dia untuk tlg aku )
Org yg teman aku sidai baju pagi-pagi walaupun tempat kerja
nya jauh.. (time ni aku da keje kat cyberjaya)
Org yg akan tinggalkan kerja untuk balik ke rumah untuk
jumpa isterinya…sejak kawen arwah Fird blk on time, 4.15 dah gerak dari ofis,
ms bujang fird OT sampai malam sbb nk kumpul duit untuk kawen.. sgt terharu..
Aku pun, sgt tak sabar nak blk rumah nak peluk dia kuat-kuat… aku bukan la nak
menunjuk-nunjuk kemesraan dlm blog ni, tp itu lah hakikat kasih sayang
kami.. mungkin semua org pun mcm tu.. :p
Org yg sentiasa membuatkan aku gembira.. die tak pernah
marah aku walaupun kdg2 aku pon menyampah dgn perangai sendiri.. Kata-kata dia
sgt bermakna dalam hidup aku.. aku masih boleh ingat beberapa sentence yg dia
selalu ckp pada aku…
Dia… kawan terbaik yg pernah aku ada dalam hidup ini… huhu..
(T_T) yg memberi semangat setiap hari..
Tapi itu adalah kenangan yg pernah terukir dgn nya, rs
seperti baru je kehilangan dia… tp sebenarnya tahun ni dah masuk tahun ke-4..
Dia juga mendidik aku supala lebih berdisiplin... "Izah jgn langgar lampu merah. Jgn disebabkan kita org lain accident"
Ya Allah, kau tempatkan lah roh nya di kalangan orang yang beriman,
sesungguhnya dia adalah suami yg sangat baik.. kau bagi lah pembalasan yg baik
terhadapnya.. amiin… Harap kami akan berjumpa lg di alam sana…
Tp.. aku perlu teruskan hidup yg sementara ini tanpa perlu
pandang ke belakang… untuk aku, untuk adam, untuk org lain…
Ya Allah, Kau bantulah aku untuk menjadi isteri terbaik
kepada Ahmad naufal..Bakal suami, yg akan bimbing ku ke syurga.. Insha Allah.. Juga
dapat menjadi ibu terbaik kepada anak-anak kami..dan aku yakin dengan pilihan
Mu ini…
Msg aku nak sampaikan kat sini adalah… kita jadi lah insan
yg baik… Insha Allah, sampai mati pon org akan ingat kebaikan kita.. dan jadi
kita tak akan menyesal jadi insan yg baik…
Aku juga nak jadi baik, doakan aku ye kawan2… Moga kami lagi
dekat dgn Allah setelah berkahwin..
~mungkin ini adalah post yang terakhir berkenaan arwah firdaus. Cinta pertama ku~
3 comments:
Kaklong..I feel like crying..dah ngs pon..
Kak long, sy pun sob..sob..gak...
ms baca ni aku pon teringat jgk kenangan zaman UKM dulu..huuu..nyway..life goes on, congratz kak long!
Post a Comment