Wednesday, June 18, 2014

IBU


Dulu aku dipanggil mama, sekarang dipanggil ibu. Aku tak pernah kisah pasal panggilan. Sama. Tugasnya tetap sama. Mendidik, menegur, memberi nasihat, memberi kasih sayang. Aku sayang ramai orang. Sayang suami, ibu ayah, anak-anak, kawan-kawan. Tapi, aku tak bisa pamer sayang itu. Sedang berusaha. Sayang itu subjektif. Kita ckp sayang, ada org 'rasa' sayang tu. Ada org tak 'rasa'. Kita korban segalanya untuk org yg kita sayang tp org tu kata kita tak sayang selagi tak cakap "Saya sayang awak". Ada yg tak rasa disayangi selagi kita tak cium dan peluk mereka. Susah kan? Memang betul la kawan aku cakap. Sayang tu perlu kita pamerkan. Cakap, buat. Tak boleh just pandang dengan kasih sayang. Tak cukup.

Dah lama tak menulis. Dah lama tak cerita isu-isu berbangkit. Semalam, cakap2 dengan encik suami kat dapur masa nak minum air.

Aku: Bukan senang nak didik adab. Izah rasa, adab lagi susah nak didik dari belajar.
Suami: Dua-dua pun susah.
Aku: Tapi sistem pendidikan kite, banyak hafal. senang. tak de la susah mana.
Suami: Hafal dan faham. Banyak yg kene paham.
Aku: Tapi student2 kita ni tak kreatif. Tak pikir. Tak mulakan sesuatu.
Suami: Sebab pembelajaran dorang just one way. Bukan two way.
Aku: Betul.

Betul la, bukan senang nak didik budak supaya jadi manusia. Manusia yg baik akhlaknya seiring dengan kepandaiannya, walaupun ia bukan mustahil. Aku doakan anak-anak kecil  aku ini menjadi orang yg baik, soleh solehah bila ibu dan abah dah tiada nanti. Yang tak perlu di ingatkan lagi sbb sudah tiada org nak mengingatkan. Semoga Allah menunjukkan jalan yang lurus kepada kamu dan ibu.

Aku memang dah ditakdirkan untuk menjadi ibu mereka, ditentukanNya. Jadi, didik dan asuh automatiknya di bawah tanggung jawab aku. Biar pun satu dunia kata aku tidak layak menjadi ibu mereka. Tp Allah yang pilih aku. Bukan mereka. Takut diri ini dipersoal di akhirat nanti. Adakah aku abaikan mereka, aku tidak ajar benda yg baik kepada mereka, tidak mengingatkan mereka.

Memang, sebagai ibu kadang-kadang aku kecil hati dengan perbuatan anak-anak, terasa dengan kata-kata mereka. Nazhan, Adam, Husna. Sebab aku juga punya bad day. Punya hati perempuan. Sensetif. Atau terlebih sensetif. ;p Ibu beli sesuatu, ingat mereka suka. tp mereka buat tak endah pun. Tak tinggal makanan kat ibu setelah ibu bertungkus lumus di dapur. Tak jaga barang yang ibu sayang, bertahun ibu berusaha untuk mendapatkannya wahai anak! Tengking-tengking ibu yang tiada apa-apa ini. Tp hati ibu, sekejap je sudah terubat. Pagi marah, petang dah ok. Tak pernah simpan dalam hati. Ah, budak memang budak. Belum akil baligh. Belum dapat bezakan antara yg baik dan buruk. Kene bg tau byk kali sampai masuk dalam hati. Hati budak2 bersih. Kita yg mewarna dan mencorak mereka. Biar dia pandang dunia ni positif. Dunia ni baik. Isi dunia ni baik. Allah itu Maha baik. Semua baik. Insha Allah.

Aku nak anak-anak aku berjaya di dunia dan akhirat, Tapi berjaya di akhirat jauh lagi penting. Dunia ini sekejap je. Memang sekejap. Umpama sekarang kita tidur, dibuai mimpi. Bila kita mati nanti baru kita terjaga dari tidur ini.

Sekarang aku dah 39 minggu pregnant. Anytime je ni. Doakan aku k (;
Hilmi Nazhan

Nabeelah Husna
Muhammad Adam 

Friday, June 6, 2014

Kisah coklat

Nasuha: K.long tau tak kenapa babi tunduk semasa berjalan?
Hafizah: Dia jalan sambil cari makanan
Nasuha: Bukan.
Hafizah: Dah tu?
Nasuha: Sebab dia malu.
Hafizah: Kenapa?
Nasuha: Sbb dia dilahirkan sbg seekor babi.
Hafizah: Mak! nasuha mencarut, ckp babi...

Punya la kami ni allergic dgn perkataan babi...

kecoh pasal DNA babi dalam coklat cadbury baru2 ni. dah la aku ni choc lover.. Aku lagi yakin dgn Dr Hisham dari KKM punya report daripada JAKIM. Itu hak individu... tepuk dada, tanya hati.. yakin ke tak yakin... itu je..


Sibuk pasal DNA babi, yg rasuah tu tak sibuk.. dua2 pun haram...