Assalamualaikum :)
Dengan nama Allah yg maha pengasih lagi maha penyayang. Kadang kadang Allah bagi kita kerisauan, ketakutan dan kesedihan. sebagai rencah kehidupan. Ia merupakan ujian yang agak biasa menjengah kehidupan kita. Sejauh mana kita harapkan makhluk dan setakat apa kita takutkan manusia. Minggu lepas aku juga diuji dgn sedikit ketakutan. Hidup berjiran, sifat harus di jaga terutama dgn non muslim, tidak mahu akibat sikap aku yg buruk merubah persepsi mereka terhadap muslim yang lain.
Tersentak juga apabila kesalahan yg ku rasakan kecil menjadi masalah besar kepada org lain. Akibat cara parking kereta yg tidak centre walau masih dalam petak membuatkan jiran tidak selesa. Jika senget sedikit, beliau pasti akan melipat cermin sisi kereta aku. Mungkin dia seorang perfectionist. Aku sudah jumpa ramai org yg sgt particular benda2 yg ku anggap remeh dan tidak releven untuk begitu dan begini. Tapi itu mereka, aku lain, semua org ada perbezaan, dan tidak boleh menganggap mereka seperti aku. Ok, tidak mengapa, untuk elakkan perkara ini berlarutan, aku cuba untuk meningkatkan kemahiran parking. cuba pastikan ruang tepi 30 cm di kiri dan 30 cm di kanan untuk tayar hadapan dan belakang. Mula2 juga rasa gentar, takut dia mengapa apakan aku setelah mendapat msg pertama dari nya, dan tindakannya melipat cermin sisi jika tidak center, tika itu senget yg sgt sedikit dan bgku lansung tidak wajar untuk di tegur kerana jarak kedua dua kereta amat ketara jauhnya tp jika di fikirkan secara positif,
Apa salah nya berusaha untuk menjadi seperti dia, perfect, cuba la baiki kesalahan diri wahai hafizah. sifat ego tu ada, tapi pejam kan mata, ikhlas untuk elakkan perselisihan dan aku rendahkan diri bukan untuk mendapat perhargaan dari nya, tapi untuk mendapat keredhaan Allah. Jadi berdikit dikit cuba jauhkan perasaan takut dgn manusia. Biar hati ini benar benar takut kepada Allah, tuhan pentadbir bumi dan alam semesta. Biarlah aku dipandang serong atau dihina, ecece, tak de la sampai dihina.. :p
Aku tidak pernah melihat jiran tersebut. Aku agak dia seorang lelaki, bujang dan kuat bekerja. Keluar bekerja pada subuh hari, pulang pula pada lewat malam. Semoga dia sentiasa dalam lindungan Allah. Ameen~
2 comments:
OH KAKLONG...I ALWAYS FEEL the same..hu..marilah sama2 memperbetulkan diri
p/s: ak suke bile ko start menulis=)
owh shima ku...
p/s: aku juga suka membaca blog ko.
Post a Comment