Last month, aku n Adam had fever, cough, flu/cold, sore throat, a combination. Aku ok, tak de masalah. Biase la.. sakit sikit2, moga dosa2 kecil yg ku pikul berkurangan. Dosa2 besar? Owh! semoga kita tidak lupa bertaubat. Ada kawan aku ni, tiap2 hari die solat taubat. Tapi sekarang dia dah berpindah alam. Sudah berpindah dari alam dunia ke alam barzakh. Itu pun dia selalu kate die banyak dosa la... bla bla.. padahal die sgt jarang berkata kata. pendiam. Surah2 lazim mmg tak yah buka Quran. Semoga kamu tenang di sana kawan! Ok, berbalik pada cerita demam tadi... Ada satu kisah yang hati aku tersentuh... Di malam yang sunyi... aku nak bangun solat Isyak.. (Kitorg tido awal, terus pengsan after telan pcm)...dan Adam dia akan terjaga bila aku terjaga. Ms dulu2, aku bangun pukul 6 die pun bgn pukul 6.... kdg2 rs nak marah sbb time tu la buat keje rumah, buat breakfast.. tp die sibuk sekali kat dapur..
Jadi, mlam tu, aku bgn, terus amik wudhuk. Sesampai kat bilik, Adam dah bangun..
Adam: Mama nak buat ape?
Mama: Mama nak solat kejap.
Adam: Adam nak solat jugak
Mama: Adam tak yah solat la... Adam tak larat. Adam kan demam.
Adam: Adam nak solat jugak... (sambil menangis)...
Adam yang kecil, merangkak nak ke sejadah.. Aku tak sanggup tgk dia..lalu aku dukung bawa ke sejadah..
Dia pon solat dgn aku.. tp masa sujud, terus tidur ;p Fuhh.. perasaan seorang ibu.. ms tu hati aku mmg tersentuh.. terus mendoakan supaya die jaga solatnya setelah dia dewasa... rasa mcm nak nangis pon ade...
Aku tak kisah Adam nak jadi ape ms dia besar kelak.. tak kisah die tak tau A, B, C sampai Z skrg. aku juga insyaAllah tak kan push dpt byk A ms exam. Biar dia belajar atas kehendak sendiri..Dulu mak aku juga tak push sgt kitorg untuk dapat no 1, cuma push untuk siapkan keje sekolah.. Ms hantar ke sekolah hari tu, teacher tanya. What is your expectation when you sent your child here? Aku just reply: "I only want him know how to socialize and with it I hope it can help him to be confident, Sy tak kisah sgt pasal A B C tu semua, but now.. reading is now one of requirement to enter standard one for certain school. So, I want him to read by six" pd zaman skrg, untuk membaca, kanak2 tak perlu tau A B C pun. Teacher terus ajar suku kata.
Hari tu g pesta buku.. Ada sorg mamat ni tgh promote die punya barang..
Kak, can i test your son's IQ? Owh? Aku pon jwb... At his age. 3 years old. I never care about his IQ yet. it developing now. no worries.
Aku harap, dgn kudrat yang Allah bagi ni.. dalam mendidik Adam, Didoakan adam menjadi yakin dengan diri sendiri, sbb dia sgt malu dgn lelaki dewasa. kdg2 die juga takut dgn lelaki... semoga dia dapat menjadi imam ku.. semasa hidup dan semasa sudah menjadi jenazah. semoga dia dapat hafal surah2 pendek seawal mungkin.. sbb mama nye tak hafal dan rasa agak sukar bila dewasa nak menghafal.. dan semoga Adam menjadi seorg islam yang dapat memberi manfaat kepada org lain satu hari nanti....
~ semoga kita terlepas dosa dgn sesama manusia.. jangan mengeji. jangan mengumpat. jaga kata-kata. InsyaAllah
2 comments:
mmgkan kaklong..zaman skang org suka ty anak u da pandai abc?123?penetapan standart..
p/s: hope adam sihat slalu..rayhan pon br baik dmm..but flu still goes on..anak2 adalah permata hati..yg corakkan kita..insyaallah smg mereka menjadi imam kita sentiasa
Lame x jumpe askar. Hee. Tp rayhan tu kecik2 da nampk sifat kepimpinan tu. Tgk parent la, isnt surprise..inherited. Imam besar tu nanti. Insha Allah. Ameen
Post a Comment